Calon peperiksaan SMA disahkan positif COVID-19

Calon peperiksaan SMA disahkan positif COVID-19

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Mustaffa Kamal

KUANTAN: Seorang calon peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di sebuah sekolah menengah agama di sini, disahkan positif COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, 14 pelajar calon SMA lagi iaitu masing-masing tujuh lelaki dan perempuan, didapati mempunyai gejala pandemik berkenaan.

“Rakan-rakan pelajar terbabit yang dikenali sebagai PPU1, sedang disiasat sama ada positif (COVID-19) atau tidak. Pelajar-pelajar ini sudah diasingkan dan menjalani ujian saringan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Fikrah Pahang selepas melakukan lawatan dan tinjauan di pusat kuarantin Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah keseluruhan calon peperiksaan SMA di Pahang tahun ini seramai 143 pelajar.

“Daripada 172 calon SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di Pahang tahun ini pula, seramai lima pelajar bergejala iaitu empat lelaki dan satu perempuan,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *