PBNP kemuka rayuan kepada FIFA berhubung isu Sumareh

PBNP kemuka rayuan kepada FIFA berhubung isu Sumareh

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) akan mengemukakan rayuan berhubung arahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang meminta persatuan itu membayar USD1.2 juta (RM4.9 juta) kepada Mohamadou Sumareh.

  Susulan arahan itu, bekas Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, PBNP menyerahkan kes Sumareh yang juga bekas pemain Pahang itu kepada peguam persatuan untuk tindakan selanjutnya.

  Katanya, PBNP juga kemungkinan akan melantik peguam dari luar negara untuk membantu dalam menyelesaikan kes Sumareh.

  “Memang benar PBNP menerima surat daripada FIFA dan segala-galanya akan dikendalikan oleh penguam PBNP dalam menyelesaikan kes ini,” katanya,

  Mohammed Suffian yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC diminta mengulas isu tunggakan gaji pemain naturalisasi negara, Sumareh apabila FIFA mengarahkan PBNP membayar USD1.2 juta kepada bekas pemain Pahang itu.

  Musim lalu, Sumareh mengambil tindakan untuk membuat aduan rasmi kepada FIFA kerana tidak dibayar gaji selama beberapa bulan ketika bersama skuad Tok Gajah.

  Sumareh menandatangani kontrak dengan Pahang sehingga 2022 dan mempunyai kenaikan gaji sebanyak USD5,000 (RM20,362) setahun pada musim kedua.

  Bagaimanapun, FIFA mendapati Pahang gagal membayar gaji mengikut kontrak yang ditandatangani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *