Dato’ Sri Najib ucap tahniah kepada Menteri Besar Pahang

Dato’ Sri Najib ucap tahniah kepada Menteri Besar Pahang

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Mustaffa Kamal

PEKAN: “Penerbitan akhbar ini, saya dapati memenuhi keperluan rakyat Pahang untuk mengetahui situasi sebenar yang berlaku di seluruh negeri ini,” kata Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Sri Najib Razak.

Ahli Parlimen Pekan, Dato’  Sri Najib Razak membaca akhbar Fikrah Pahang di kediamannya di Pekan. FIKRAH PAHANG/MUZ

Beliau berkata demikian ketika ditemui team Fikrah Pahang di kediamannya di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, akhbar ini adalah satu wadah penyampaian menerusi penampilan yang sangat berguna kerana mengandungi maklumat terkini mengenai dasar-dasar Kerajaan Pahang.

“Malah ia bukan sahaja melaporkan program-program atau kegiatan melibatkan pemimpin Pahang, tetapi juga rakyat biasa.

“Jadi saya ucap tahniahlah kepada pihak UMNO Pahang, kepada YAB Menteri Besar (Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail) sebagai Pengerusi Perhubungan dan jawatankuasanya kerana penerbitan akhbar ini dapat memenuhi tuntutan pembaca untuk mengetahui keadaan sebenarnya,” katanya. 

Fikrah Pahang yang diterbitkan sebulan sekali, diedarkan secara percuma sebanyak 10,000 naskhah di seluruh Pahang.

Akhbar terbitan Penerangan Umno Negeri Pahang ini memuatkan pelbagai cerita menarik antaranya membabitkan bidang agama, politik, sosial, ekonomi dan sukan yang berlaku di negeri ini.

Edisi online boleh dibaca dengan melayari http://fikrahpahang.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *