Rompin kini zon jingga

Rompin kini zon jingga

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Sebanyak 32 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Pahang hari ini, berbanding 28 kes dicatatkan semalam.

Peningkatan empat kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul di negeri ini sebanyak 3,438 kes dan semua kes hari ini membabitkan warganegara.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memaklumkan, kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 428 kes.

“Terdapat 64 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,991 kes manakala jumlah kematian kekal 19 kes.

“Sebanyak enam kes membabitkan Kluster Tanah Putih, Kluster Hikmah Muadzam (lima), Kluster Lebuh Karak (empat), masing-masing satu kes bagi Kluster Rantau Tanjung, Industri Bentong Sebelas dan Taman Murni; masing-masing lima membabitkan saringan kontak dan bergejala serta bagi saringan pra-rosedur dan pekerjaan kedua-duanya mencatatkan dua kes,” kata JKNP.

Kata JKNP lagi, Rompin yang sebelum ini dikategorikan dalam zon kuning, hari ini berada dalam zon jingga, manakala Bentong, Kuantan, Pekan, Temerloh dan Maran kekal dalam zon merah.

“Raub, Jerantut dan Cameron Highlands masih lagi zon kuning manakala dua daerah iaitu Bera dan Lipis kekal dalam zon hijau,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *