Gelaran Dato’ Farid Kamil, Boy Iman dan tiga individu lagi dilucutkan serta-merta

Gelaran Dato’ Farid Kamil, Boy Iman dan tiga individu lagi dilucutkan serta-merta

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Dua pelakon popular, Farid Kamil dan Boy Iman, tidak lagi dibenar menggunakan gelaran Dato’ berkuat kuasa serta-merta.

Ini berikutan Darjah Kebesaran oleh Istana Pahang yang dikurniakan kepada dua pelakon itu sudah ditarik balik.

Perkara berkenaan diumumkan melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Pahang selaku Pendaftar Darjah.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahar, 39, dan Boy Iman (Noruliman A Rahman, 40) sebelum ini dikurniakan Darjah Kebesaran oleh Istana Pahang, sebelum ini dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama berikut ditarik balik dan dibatalkan.

“Penama terbabit tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta,” petik kenyataan berkenaan.

Selain dua pelakon itu, tiga yang lain diarahkan menyerahkan kembali pingat dan Darjah Kebesaran diterima.

Individu terbabit ialah Wong Shee Kai @ Ricky; Tran Thi Mai @ Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman.

Surat penarikan balik gelaran itu berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *