Pahang lancar Bank Akhirat bagi mudahkan umat Islam bersedekah secara pandu lalu

Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
Gambar/video Mustafa Kamal

BENTONG: Usaha pengurusan Masjid Qariah Kampung Baru, di sini, melancarkan ‘Bank Akhirat’ di perkarangan pintu masjid harus dipuji dan diikuti masjid serta surau lain di negeri ini.

Tabung Infaq Pandu Lalu (Bank Akhirat) di hadapan Masjid Qariah Kampung Baru Bentong yang dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.  FIKRAH PAHANG/MUZ

Difahamkan, Bank Akhirat berkenaan yang pertama di negeri ini menerusi persiapan rapi sejak setahun lalu untuk memudahkan orang ramai dan warga qariah masjid menyumbang sedekah kepada pihak memerlukan, selain membayar zakat dan infaq secara pandu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kewujudan Bank Akhirat itu juga amat bersesuaian ketika dunia berdepan dengan penularan pandemik COVID-19 saat ini.

“Tabung (Bank Akhirat) di masjid ini boleh dijadikan contoh kepada masjid-masjid lain di Pahang dan usaha pengurusan masjid harus dipuji.

“Kebetulan pula, ketika ini kita dilarang mengedarkan tabung masjid bergerak dari individu ke individu lain untuk elak penularan COVID-19, jadi tabung ini umpama orang bayar bil secara ‘drive-thru’ (pandu lalu) yang membolehkan pengunjung datang ke muka pintu masjid untuk menyumbang kepada pengimarahan masjid ini,” katanya selepas merasmikan Bank Akhirat, hari ini.

BENTONG 11 FEBRUARI 2021. Tok Empat Kampung Felda Chemomoi, Abd Ghani Taib (kiri) bersama Pengerusi Masjid Kampung Felda Chemomoi, Saharuddin Bakar memberi sumbangan pada Tabung Infaq Pandu Lalu (Bank Akhirat) di hadapan Masjid Qariah Kampung Baru Bentong. FIKRAH PAHANG/MUZ

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Dr Zulkifle Ali Al-Hafiz

Syed Ibrahim kemudian menyempurnakan majlis Tazkirah dan Munajat Khas selepas solat maghrib di masjid berkenaan.

“Munajat khas ini untuk kita memohon kepada Allah SWT semoga diangkat segala wabak dan meminta Allah meringankan ujian COVID-19 yang sedang melanda.

BENTONG 11 FEBRUARI 2021. Tok Empat Kampung Felda Chemomoi, Abd Ghani Taib (kanan) bersama Pengerusi Masjid Kampung Felda Chemomoi, Saharuddin Bakar memberi sumbangan pada Tabung Infaq Pandu Lalu (Bank Akhirat) di hadapan Masjid Qariah Kampung Baru Bentong. FIKRAH PAHANG/MUZ

“(Mohon) kepada semua ahli qariah supaya sama-sama berdoa dan patuhi SOP (prosedur operasi standard) bagi mengekang penularan pandemik ini,” katanya.

Dato’ Sri Syed Ibrahim juga sempat menyampaikan sumbangan daripada Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kepada ahli qariah masjid dari beberapa tempat di negeri ini yang memerlukan.

BENTONG 11 FEBRUARI 2021. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Menteri Besar selepas majlis Tazkirah & Munajat Khas beliau di Masjid Qariah Kampung Baru Bentong. Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato Dr Zulkifli Ali (kanan). FIKRAH PAHANG/MUZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *