Wague diumum pemain import keempat Sri Pahang

Wague diumum pemain import keempat Sri Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sri Pahang FC mengumumkan Mamadou Wague sebagai pemain import keempat menyertai pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kehadiran pemain pertahanan import kelahiran Perancis itu diharap membantu mengukuhkan benteng pasukan.

  Katanya, pengalaman luas dimiliki pemain berumur 31 tahun itu memberi kekuatan kepada pasukan dengan dibantu barisan pemain sedia ada.

  “Wague didaftarkan sebagai pemain import Asia kerana memiliki kerakyatan Lubnan. Faktor ketinggian 1.91 meter yang dimiliki beliau diharap memberi kelebihan kepada pasukan.

  “Pada masa sama, beliau akan bergandingan dengan Herold Goulon yang memiliki ketinggian 1.95 meter selain bekas rakan sepasukan ketika beraksi bersama Le Mans FC,” katanya.

  Berdasarkan rekod, Wague pernah bermain bersama kelab liga bola sepak Perancis (Ligue 2), Le Mans.

  Pemain tinggi lampai itu juga pernah beraksi dengan kelab Iraq, Al Shorta dan membantu kelab itu menjuarai Liga Premier Iraq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *