Temerloh destinasi pilihan Sri Pahang jalani latihan berpusat

Temerloh destinasi pilihan Sri Pahang jalani latihan berpusat

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Temerloh menjadi destinasi pilihan Sri Pahang FC menjalani latihan berpusat selepas kerajaan membenarkan pasukan Liga Malaysia (Liga M) berlatih yang berkuat kuasa semalam.

   Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, Sri Pahang yang dibimbing Thomas Dooley memulakan latihan pertama, hari ini.

  Katanya, latihan berpusat diadakan selama 10 hari yang memberi tumpuan daripada segi kecergasan dan persefahaman pasukan.

  “Pemilihan Temerloh diharap membantu mempertingkatkan prestasi semasa selepas hanya menjalani latihan secara individu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  “Latihan berpusat ini juga lebih menjamin dalam usaha menyekat penularan COVID-19,” katanya.

  Mohammed Suffian berkata, sepanjang tempoh 10 hari itu, Sri Pahang akan mengadakan dua perlawanan persahabatan bertemu Kelantan FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC),

  “Kedua-dua perlawanan akan diadakan di gelanggang lawan dan diharap mencatat keputusan positif,” katanya.

  Pada 9 Februari lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan program latihan berpusat bagi pasukan Liga M, Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) bermula semalam.

  Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dan penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa Teknikal PKP.

t

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *