MPK belanja RM480,000 naik taraf kemudahan dan indahkan Pantai Sepat

MPK belanja RM480,000 naik taraf kemudahan dan indahkan Pantai Sepat

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang

KUANTAN: Sejumlah RM480,000 dibelanjakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk mengindahkan dan menaik taraf kemudahan awam di Pantai Sepat, di sini.

  Peruntukan itu membabitkan kemudahan tandas, trek joging, tempat berbeku serta tulisan I Love Pantai Sepat dan Sayangi Pantai Sepat.

Kemudahan tandas yang disediakan kepada pengunjung di Pantai Sepat, Kuantan.

  Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, kerja menaik taraf kemudahan dan mencantikkan Pantai Sepat bertujuan menarik lebih ramai pengunjung ke pantai peranginan itu.

  Katanya, ini kerana Pantai Sepat antara destinasi pilihan orang ramai, khususnya warga Kuantan beriadah pada hujung minggu atau cuti umum.

  “Dengan adanya kemudahan ini diharap memberi keselesaan kepada pengunjung terutama mereka yang melakukan aktiviti air.

Tulisan I Love Pantai Sepat bakal menjadi tarikan pengunjung ke Pantai Sepat, Kuantan.

  “Kerja menaik taraf kemudahan di Pantai Sepat bermula tahun lalu dan diyakini mampu menarik lebih ramai pengunjung selepas ini,” katanya.

  Bagi memastikan persekitaran dan keindahan Pantai Sepat kekal bersih, beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu meminta pengunjung mengutamakan kebersihan.

  Katanya, selepas beriadah semua sampah dibuang ke dalam tong yang disediakan.

  “Kita tidak mahu Pantai Sepat dicemari sampah sarap disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pengunjung,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *