Peruntukan RM250,000 untuk baiki tebing runtuh di Taman Wira

Peruntukan RM250,000 untuk baiki tebing runtuh di Taman Wira

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kerajaan Pahang memperuntukkan RM250,000 untuk memperbaiki tebing di Taman Wira, Pedah, Jerantut, yang runtuh pada 11 Februari lalu.

  Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerja pembaikan sedang rancak dilakukan untuk menjaminkan keselamatan penduduk di taman itu.

  Katanya, kerja itu termasuk pembinaan struktur ‘gabion’ seperti yang dicadangkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jerantut.

  “Terima kasih kepada pihak yang terbabit dalam melaksanakan segera kerja berkenaan demi kebaikan semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

  Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut, kejadian tebing runtuh itu berlaku pada 1 pagi, 11 Februari lalu akibat hujan lebat berterusan melebihi tiga jam.

  Susulan itu, aliran air anak Sungai Nahar yang laju menyebabkan berlaku hakisan tebing ‘concrete slab’ sedia ada sehingga menyebabkan ia runtuh.

  Bagaimanapun, runtuhan terbabit tidak menjejaskan rumah di taman berkenaan.

  Bagi memastikan keselamatan penduduk, papan tanda dan kon keselamatan dipasang di sekitar kawasan terjejas dan kakitangan JPS dan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) melakukan pemantauan secara berkala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *