Jobs@State, Gradpreneur@State bantu 500 graduan anak Pahang

Jobs@State, Gradpreneur@State bantu 500 graduan anak Pahang

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Mustafa Kamal

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan memperkenalkan dua program iaitu Jobs@State dan Gradpreneur@State bagi membantu 500 graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkesan dengan langkah-langkah ketat bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kedua-dua program berkenaan adalah hasil usaha sama antara pihak kerajaan negeri dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“KPT menyediakan peruntukan sebanyak RM2.64 juta untuk tujuan ini yang bakal memanfaatkan 500 siswazah yang sudah tamat pengajian.

“Kerajaan Pahang sentiasa prihatin dengan nasib graduan ini yang terkesan disebabkan peraturan ketat bagi membendung penularan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas menerima kunjungan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bersama delegasi dari kementerian di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, banyak perkara dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk perancangan untuk mewujudkan kedua-dua program berkenaan dengan secepat mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *