Bentong bakal jadi bandar raya kedua di Pahang

Bentong bakal jadi bandar raya kedua di Pahang

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Mustafa Kamal

KUANTAN: Bentong berpotensi besar muncul daerah kedua di negeri ini bergelar bandar raya selepas Kuantan.

Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hasil kajian dilakukan Kerajaan Pahang, Bentong dijangka dapat memenuhi syarat untuk diisytiharkan sebagai bandar raya dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Bandar Bentong

“Kita kena dinamik dan progresif… apabila Kuantan diisytihat sebagai bandar raya, kita mesti lihat daerah-daerah lain pula dan yang paling berpotensi adalah Bentong dan Temerloh, tetapi Bentong paling hampir memenuhi syarat antaranya pendapatan yang tinggi dan jumlah penduduk yang hampir mencukupi.   

“Pelbagai faedah boleh dinikmati rakyak apabila naik taraf bandar raya, contohnya banyak peluang pekerjaan, peruntukan yang lebih dan kenaikan gred kakitangan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Imunisasi COVID-19 Negeri Pahang, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *