Petugas barisan hadapan rasa bertuah diberi suntikan vaksin Covid-19 awal

Petugas barisan hadapan rasa bertuah diberi suntikan vaksin Covid-19 awal

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

PEKAN: “Pengalaman menerima suntikan vaksin Covid-19 yang disediakan kerajaan akan menjadi kenangan berharga dalam hidup saya.

  “Keyakinan dapat melawan wabak berkenaan kini menebal dalam diri saya,” kata Ketua 

Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Penolong Penguasa Bomba Wan Samsul Effendi Wan Mahmud.

Ketua 
Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Penolong Penguasa Bomba Wan Samsul Effendi Wan Mahmud menjadi antara individu awal menerima suntikan vaksin Covid-19, semalam.

  Menurutnya, dia berasa bertuah apabila menjadi antara individu awal menerima vaksin Covid-19 di daerah ini bersama 11 anggota lain semalam dalam suasana penuh semangat.

  “Sebagai anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di barisan hadapan saya perlu memiliki ketahanan diri yang lebih kuat untuk melawan penyakit Covid-19.

  “Walaupun telah menerima vaksin Covid-19 namun tidak bermakna saya tidak perlu lagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Peraturan berkenaan tetap terus diikuti,” katanya.

Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daerah Pekan, Rosmawi Ismail menerima suntikan vaksin Covid-19, semalam.

  Beliau berkata demikian pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Daerah Pekan Fasa Pertama membabitkan 24 kakitangan KKM daerah ini

di Dewan Canseleri Sultan Haji Ahmad Shah, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHU), di sini, semalam.

  Seramai 480 petugas barisan hadapan membabitkan empat agensi terpilih untuk mengikuti program dua hari itu. Mereka  terdiri daripada kakitangan KKM Daerah Pekan, anggota Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan khas (Task Force) Daerah Pekan.

  Sementara itu, bagi Rosmawi Ismail, 49, dia bersyukur dan berbangga menjadi individu pertama di daerah ini menerima vaksin Covid-19 yang disediakan kerajaan.

  Menurutnya, sebagai kakitangan KKM

yang bertugas di barisan hadapan, beliau perlu memiliki ketahanan diri yang lebih kuat untuk melawan penyakit Covid-19.

  Katanya, vaksin Covid-19 yang telah disuntik itu boleh dianggap hadiah bernilai diberikan kerajaan kepada masyarakat, membabitkan dua dos percuma diberikan pada setiap individu.

  “Saya menjadi individu bertuah di daerah ini apabila menerima vaksin Covid-19 dan saya juga kakitangan KKM pertama di daerah ini menerima suntikan secara sukarela menerusi permohonan yang disediakan kerajaan.

  “Saya tidak berhadapan masalah selepas menerima suntikan,” katanya yang bertugas di bahagian farmasi di Klinik Kesihatan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang, di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *