Teluk Cempedak bakal bebas asap rokok

Teluk Cempedak bakal bebas asap rokok

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

pic

KUANTAN: Bagi meningkatkan kesejahteraan warga bandar raya Kuantan, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bakal menjadikan pusat peranginan Teluk Cempedak sebagai kawasan bebas asap rokok yang dikenali Zon Sihat Bandar Raya Kuantan.

  Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, pelaksanaan zon itu untuk melahirkan warga bandar raya yang mengamalkan gaya hidup sihat.

  Justeru, katanya, beberapa elemen akan diberikan penekanan sebelum dikuatkuasakan termasuk penganjuran aktiviti kecergasan fizikal secara berkala.

   “Selain itu, sekurang-kurangnya satu menu makanan sihat dijual di setiap premis makanan di Teluk Cempedaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

   Bagaimanapun, beliau berkata, penguatkuasaan hanya akan dilaksanakan selepas Teluk Cempedak – Bebas Asap Rokok (TC-BAR) diwartakan.

   Dalam tempoh tiga hingga enam bulan ini, katanya, MBK lebih kepada memberi penerangan dan kempen kepada masyarakat sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.

  “Dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, ia  diharap dapat mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan penduduk Kuantan dan seterusnya dapat dipupuk sebagai budaya setempat bagi mensejahterakan masyarakat.

  “Zon Sihat Bandar Raya Kuantan ini akan diperluaskan ke kawasan tumpuan lain pada masa akan datang bagi memastikan impaknya lebih meluas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *