Seramai 2,370 kakitangan SASMEC@IIUM terima suntikan vaksin

Seramai 2,370 kakitangan SASMEC@IIUM terima suntikan vaksin

Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah @IIUM (SASMEC @IIUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil masa sebulan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada seramai 2,370 petugas barisan hadapan.

  Selain petugas SASMEC @IIUM) turut menerima vaksin berkenaan kakitangan 

UIAM kampus Kuantan, UIAM kampus Gambang serta Klinik Kesihatan Keluarga UIAM Kuantan.

  Pengarah SASMEC @IIUM, Prof Dato’ Dr Mohamed Saufi Awang berkata, pihaknya bersyukur diberikan kepercayaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjadikan SASMEC @IIUM antara pusat vaksinasi Covid-19 di Pahang.

  “Hari ini (semalam) mencatat sejarah buat seluruh warga kerja SASMEC @IIUM apabila kami diberi peluang melakukan proses vaksinasi yang akan mengambil masa selama sebulan dan fasa pertama suntikan Covid-19 akan mengambil masa selama 10 hari.

Penyelaras Unit Pematuhan Shariah dan Pakar Ortopedik SASMEC @IIUM, Dr Aminudin bin Che Ahmad menerima suntikan Covid-19 pada  Program Vaksinasi Covid-19 SASMEC @IIUM
Fasa Pertama.

  “Saya berharap masyarakat tidak melepaskan peluang vaksinasi yang disediakan kerajaan bagi melindungi wabak Covid-19,” ujarnya.

  Beliau berkata demikian pada Program Vaksinasi Covid-19 SASMEC @IIUM Fasa Pertama membabitkan 246 kakitangan SASMEC @IIUM, UIAM kampus Kuantan, UIAM kampus Gambang serta Klinik Kesihatan Keluarga UIAM Kuantan di Klinik Kardiologi

SASMEC @IIUM, di sini semalam.

  Bagi Dr Mohamad Fadhi Azmi yang bertugas di Unit Pengurusan Klinikal, SASMEC @IIUM, dia merasa bertuah menjadi kumpulan pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 yang disediakan kerajaan.

  Katanya, sebagai petugas barisan hadapan vaksin yang diterima memberi sinar baharu

dalam usaha memutuskan penularan wabak Covid-19 yang sebelum ini mengancam negara.

  “Saya berbangga dan merasa bertuah apabila menerima suntikan vaksin yang disediakan kerajaan secara percuma, usaha menyekat penularan Covid-19 di negara ini seolah mula menemui titik penyelesaian.

  “Semalam menjadi kenangan berharga dalam hidup saya dan rakan-rakan lain apabila menerima suntikan Covid-19 fasa pertama dalam suasana penuh ceria,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *