Sri Pahang idam satu piala dalam saingan Liga M musim 2021

Sri Pahang idam satu piala dalam saingan Liga M musim 2021

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

pic Muhammad Izz Zahin

KUANTAN: Sekurang-kurangnya satu piala yang dipertandingkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini akan menjadi milik Sri Pahang FC.

  Itu sasaran Sri Pahang bersandarkan kepada komitmen padu yang diberikan pengurusan kelab itu untuk melakar kejayaan bermakna musim ini.

Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian, (dua dari kiri), pengurus pasukan, Dollah Salleh (kanan) dan penolong pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh (kiri) ketika majlis pelancaran jersi Sri Pahang di Kuantan.

  Pengerusi Sri Pahang FC, YM Raja Datuk Shaharuddin Shah Raja Jalil Shah berkata, tiada yang mustahil untuk menjulang piala musim 2021.

  Katanya, sasaran itu juga berdasarkan senarai barisan kejurulatihan dan pemain termasuk import yang mampu diterjemahkan dengan keputusan membanggakan.

Pengerusi Sri Pahang FC, YM Raja Datuk Shaharuddin Shah Raja Jalil Shah (tengah) ketika melancarkan jersi Sri Pahang FC di Kuantan.

  “Dengan mempamerkan prestasi yang terbaik berbanding musim lalu, sasaran sekurang-kurangnya satu piala akan tercapai.

  “Saya percaya sokongan padu daripada penyokong akan membantu mencapai misi berkenaan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas majlis pelancaran jersi Sri Pahang musim 2021 di sini, hari ini.

  Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Sri Pahang, Rizal Chek Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang; ketua jurulatih, Thomas Dooley dan pengurus pasukan, Dollah Salleh.

  Mengulas pelantikan Dooley, beliau berkata, pengalaman luas di peringkat antarabangsa termasuk sebagai bekas pemain, adalah pencapaian terbaik diharap dapat diterjemahkan.

  Katanya, kehadiran Dooley juga dilihat memberi suntikan semangat kepada semua pemain untuk mempamerkan prestasi terbaik.

  “Saya percaya dengan kerjasama dan komitmen tinggi yang diberikan, Sri pahang akan melakar kejayaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *