Bangga dapat memiliki Buku Adat Istiadat Bersanding Pengantin Di Raja.

Bangga dapat memiliki Buku Adat Istiadat Bersanding Pengantin Di Raja.

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: ‘Buku Adat Istiadat Bersanding Pengantin Di Raja’, 

menjadi antara cenderahati kenangan hari bersejarah perkahwinan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan  Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 26 Julai 1986.

  Bagi pengumpul barang antik,

Hairol Budiman Abu Bakar, 50, dia berasa bertuah apabila menjadi antara individu yang berpeluang memiliki buku berkenaan.

 Menurutnya, buku berkenaan pemberian kerabat diraja Pahang dan dia menyimpannya  sekian lama sebagai satu bahan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan terutama bagi semua lapisan masyarakat dan kaum di Pahang.

Hairol Budiman Abu Bakar bersama Buku Adat Istiadat Bersanding Pengantin Di Raja, yang merakam istiadat persabdingan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, 35 tahun lalu.

  Katanya, buku berkenaan bukan sahaja memaparkan gambar pada majlis perkahwinan malah turut menyiarkan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ketika zaman kanak-kanak dan remaja. 

  “Sebagai ‘anak Pekan’ saya masih ingat detik majlis

perkahwinan diraja pada 1986 yang berlangsung dalam suasana begitu meriah selama seminggu, dengan pelbagai acara di Istana Abu Bakar dan padang awam yang disaksikan tetamu jemputan termasuk rakyat jelata.

Antara gambar perkahwinan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang terdapat dalam ‘Buku Adat Istiadat Bersanding Pengantin Di Raja’.

  “Walaupun tidak berpeluang menghadiri upacara yang berlangsung kerana ketika itu sedang bersekolah namun melalui cerita penduduk setempat kemeriahan begitu terasa, hari bersejarah itu menceriakan bandar Pekan.

  “Perkhidmatan bas disediakan hingga jam 12 tengah malam bagi memberi peluang kepada rakyat datang menyaksikan pelbagai program yang diadakan,” katanya di sini.

  Semalam merupakan ulang tahun perkahwinan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang ke-35.

  Hairol Budiman berkata, ‘Buku Adat Istiadat Bersanding Pengantin Di Raja’ akan menjadi bahan sejarah Pahang, di mana detik manis perkahwinan diraja yang menjadi kebanggaan rakyat jelata pelbagai kaum.

 Beliau berkata, sebagai pengumpul dan penjual barangan antik sebelum ini dia turut memiliki piring yang dijadikan cenderahati majlis perkahwinan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

  Tambahnya lagi, kenangan sepanjang majlis perkahwinan diraja yang berlaku 35 tahun lalu pastinya terpahat kukuh dalam ingatan rakyat jelata di Pahang khususnya daerah Pekan yang menjadi ‘Bandar Diraja Pahang’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *