Misi tiga mata Sri Pahang di Darul Makmur

Misi tiga mata Sri Pahang di Darul Makmur

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Misi memburu tiga mata menjadi fokus Sri Pahang FC apabila melayan kunjungan Perak pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

  Ketua jurulatih pasukan, Thomas Dooley berkata, kekalahan 1-3 kepada Selangor Sabtu lalu, memerlukan komitmen tinggi daripada pemain untuk bangkit daripada kekecewaan.

  Justeru, katanya, bukan sahaja jentera serangan, malah bahagian tengah dan pertahanan perlu mengekalkan prestasi terbaik sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

  “Saya harap pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama dapat  mempamerkan prestasi terbaik untuk memastikan tiga mata menjadi milik pasukan.

  “Kemenangan akan membantu menyuntik semangat selepas tewas kepada Selangor pada perlawanan pertama,” kata jurulatih berasal dari Jerman itu.

  Namun, Dooley meminta anak buahnya tetap berwaspada dengan prestasi semasa lawan yang memiliki barisan pemain berpengalaman.

  “Bagi saya, Perak sebuah pasukan  yang mantap dan diharapkan pemain bijak memanfaatkan peluang yang ada untuk memastikan kemenangan milik Sri Pahang malam esok,” katanya.

tamat/pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *