Bangkitlah Sri Pahang!

Bangkitlah Sri Pahang!

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang mahu pasukan itu segera bangkit untuk mengelak tewas kali ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super musim ini.

  Justeru, beliau meminta pemain Sri Pahang berusaha menebus dua kekalahan sebelum ini apabila berdepan Melaka United di Stadium Hang Jebat, malam esok.

  Katanya, beraksi di tempat lawan bukannya alasan untuk tidak beraksi cemerlang kerana kemenangan itu akan memperbaiki kedudukan dalam saingan liga.

  “Tiada lagi alasan pada perlawanan ketiga dan saya harap pemain tidak lagi melakukan kesilapan mudah sehingga menyebabkan pasukan tewas.

  “Pemain yang diberi tanggungjawab pada perlawanan malam esok perlu menggalasnya dengan sebaik mungkin dan memanfaatkan peluang yang dimiliki,” katanya.

  Pada dua perlawanan lalu, Sri Pahang yang dikendalikan Thomas Dooley gagal menyerlah apabila tewas kepada Selangor 1-3 dan Perak (0-2).

  Ketumpulan jentera serangan antara faktor yang menyebabkan Sri Pahang gagal untuk memberi tekanan kepada pasukan lawan.

  Selepas dua perlawanan, Sri Pahang menghuni tangga tercorot liga tanpa sebarang mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *