Bangga jadi tauke ayam ratu tersohor

Bangga jadi tauke ayam ratu tersohor

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

Pekan: Bermula hanya sekadar hobi dengan memiliki sepasang ayam ratu baka Leung Hang Khao (LHK) berusia dua bulan yang dibeli dengan harga RM1,000, Samsul Azwan Mohd Soaud, 41, kini muncul sebagai pembekal utama ayam jenis itu di negara ini.

  Beroperasi di ladang seluar 0.4 hektar di Kampung Permatang Pasir, di sini, dia kini memiliki lebih 200 ayam ratu membabitkan empat jenis baka iaitu LHK, Super Green, Kai Dang dan Thaothong Hang Khao (THK) yang berasal dari Thailand.

Penternak ayam ratu, Samsul Azwan Mohd Soaud bersama ayam ratu baka Leung Hang Khao (LHK).

  Samsul Azwan berkata, permintaan terhadap ayam ratu yang mula diperkenalkan di negara ini kira-kira empat tahun lalu begitu menggalakkan kerana kecantikan serta keunikan corak warna pada bulu haiwan itu membuatkan ia terus diminati.

Penternak ayam ratu, Samsul Azwan Mohd Soaud dan anaknya, Amiesha Syafiyya bersama ayam ratu di ladangnya di Kampung Permatang Pasir, Pekan.

  Katanya, setiap baka atau jenis ayam ratu mempunyai warna, saiz, bentuk badan serta pelbagai keistimewaan tersendiri dan hanya individu tertentu dapat menilai kelebihan ayam berkenaan dengan status selaku juara pertandingan akan melonjakkan lagi ‘imej’ ayam terbabit.

  Katanya, permintaan menggalakkan terhadap ayam ratu terutama di pantai timur membuka peluang kepadanya terbabit dalam industri menghasilkan telur, benih dan ayam dewasa sejak lebih dua tahun lalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *