Yayasan UMP terima 32,000 naskhah buku latihan KAFA

Yayasan UMP terima 32,000 naskhah buku latihan KAFA

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 32,000 naskhah buku latihan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bernilai RM200,000 diterima

Yayasan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

  Sumbangan infak yang diterima itu hasil kerjasama SME Corporation Malaysia dan Fateh Resources Holdings Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal buku agama KAFA serta penerbitan Syarikat Fargoes Sdn Bhd.

  Pengerusi Yayasan UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, lebih 4,000 pelajar prasekolah dan sekolah rendah di Pahang, khususnya di Pekan bakal menerima buku latihan itu.

Pengerusi Yayasan UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman (tengah) melihat 32,000 naskhah buku latihan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di UMP Pekan.

  Katanya, Yayasan UMP dan universiti itu menghargai sumbangan buku latihan itu untuk diedarkan kepada pelajar.

  “Yayasan UMP turut menerima sumbangan daripada pihak luar termasuk Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sentiasa menyokong dengan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban pelajar,” katanya.

  Beliau berkata demikian pada Program UMP Prihatin – Pilih Untuk Berkongsi yang berlangsung di Perpustakaan UMP Pekan.

  Pada majlis itu, Pengarah Urusan Fateh Resources Holding Sdn Bhd, Rosli Omar menyampaikan sumbangan buku latihan KAFA kepada Dr Abdul Aziz yang disaksikan Pengerusi SME Corporation Malaysia, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee.

  Turut berlangsung ialah penyerahan bantuan zakat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain kepada Yayasan UMP berjumlah RM133,810.

  Sementara itu, Dr Abdul Aziz berkata, kerjasama dengan MUIP juga memberi manfaatkan kepada pelajar UMP dalam projek pembangunan Kolej Kediaman Mawaddah.

  “Ia inisiatif pengurusan UMP dan MUIP dalam usaha membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan serta kos sewa rumah yang semakin meningkat yang perlu ditanggung pelajar.

  “Bangunan yang didirikan di UMP Pekan ini akan memberi manfaat kepada 220 mahasiswa daripada golongan anak yatim dan asnaf serta dijangka siap sepenuhnya pada awal Januari 2022,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *