CCTV pantau keselamatan, vandalisme di Kuantan Art Street

CCTV pantau keselamatan, vandalisme di Kuantan Art Street

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Bagi memastikan keselamatan dan mengelak perbuatan vandalisme di Kuantan Art Street,  di sini, dua kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di lorong berkenaan.

   Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Norkamawati Kamal berkata, pemasangan CCTV itu diharap membantu kerana lokasi itu kini menjadi tumpuan ramai.

  Katanya, kehadiran pengunjung ke lorong berkenaan bukan sahaja pada cuti hujung minggu dan umum, malah hari bekerja.

  “MBK membuat keputusan memasang CCTV juga disebabkan berlaku kes vandalisme yang dilakukan segelintir pengunjung pada peralatan yang disediakan di lorong berkenaan.

  “Tidak mahu kes itu berulang dan dengan adanya CCTV ini dapat membantu mengesan pelaku untuk memudahkan siasatan dan memastikan lukisan mural tidak dirosakkan,” katanya.

  Dalam pada itu, beliau meminta pengunjung mengutamakan kebersihan ketika berada  di sepanjang lorong itu.

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar di Kuantan Art Street, Kuantan.

  Katanya, ini kerana ada segelintir pengunjung yang membuang sampah di lokasi itu, sedangkan pihaknya sudah menyediakan tong sampah.

  “Kita tidak mahu Kuantan Art Street menjadi lokasi tumpuan dicemari dengan sampah yang boleh menjejaskan imej bandar raya Kuantan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *