Menang malam esok atau terus tercorot: Dollah Salleh

Menang malam esok atau terus tercorot: Dollah Salleh

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Misi tiga mata menjadi fokus utama Sri Pahang FC apabila melayan Sabah FC pada perlawanan keempat Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.

  Pengurus pasukan, Dollah Salleh berkata, tiada yang mustahil untuk mencapai misi itu jika dilihat kepada prestasi semasa ketika seri 0-0 menentang Melaka United, Sabtu lalu.

  Katanya, biarpun pasukan itu belum berada pada tahap terbaik, ia adalah peluang keemasan pasukan itu untuk mengutip tiga mata, sekali gus dapat memperbaiki kedudukan.

  “Pada perlawanan esok, bukan sahaja jentera tengah dan pertahanan bijak mengekang asakan lawan tetapi jentera serangan perlu lebih agrestif.

  “Selepas tiga perlawanan, hanya satu gol dihasilkan dan bukannya daripada peneyerang. Oleh itu, saya harap jentera serangan dapat menemui sentuhan gol,” katanya.

  Mengulas kecederaan mata yang dialami Helmi Eliza Elias, Dollah berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada penjaga gol utama pasukan itu beraksi atau tidak, malam esok.

  Katanya, segala-galanya bergantung kepada tahap kecederaan kerana tidak manu mengambil risio menurunkan Helmi jika belum pulih daripada kecederaan.

  “Saya mungkin menyenaraikan Zarif Irfan Hashimuddin atau Daniel Wafiuddin Sa’adun jika Helmi belum pulih,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *