‘This is Pahang’

‘This is Pahang’

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Mustaffa Kamal

KUANTAN: Sektor pelancongan di negeri ini yang merudum tahun lalu akibat ‘penangan’ COVID-19, bakal menerima suntikan semangat baru menerusi penjenamaan semula Tourism Malaysia Pahang menerusi slogan ‘This is Pahang’ bagi menggantikan ‘Pahang Simply Awesome’ yang diguna pakai sejak 2019.

KUANTAN 18 MAC 2021. Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail berucap pada majlis pelancaran tema baharu pelancongan negeri Pahang Darul Makmur ‘This is Pahang’ di Aqua Crystal Hall, Kampus Utama UCYP. FIKRAH PAHANG/Mustaffa Kamal

  Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu boleh disifatkan antara usaha progresif dan dinamik Kerajaan Pahang untuk membolehkan sektor pelancongan di negeri ini bangkit semula.

  “Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, sektor ini (pelancongan) antara paling terkesan dan kita sebagai kerajaan bertanggungjawab, harus melihat kepada kaedah atau pendekatan baharu bagi membantu operator pelancongan yang kehilangan atau terjejas sumber pendapatan mereka. 

KUANTAN 18 MAC 2021. Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan) melancarkan tema baharu pelancongan negeri Pahang Darul Makmur ‘This is Pahang’ di Aqua Crystal Hall, Kampus Utama UCYP. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin (dua dari kiri), Naib Canselor UCYP, Prof. Emeritus Dato Dr. Ahmad Zainuddin (kanan) dan Pengarah Tourism Pahang, Dato Ishak Mohktar. FIKRAH PAHANG/Mustaffa Kamal

  “Pengenalan tema baharu ‘This is Pahang’ atau ‘Inilah Pahang’ adalah satu permulaan dan seterusnya banyak lagi promosi yang lebih rancak akan dilakukan dari semasa ke semasa selepas rantaian COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya,” katanya. 

  Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Tema Baharu Pelancongan Negeri Pahang di sini, hari ini. 

  Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin dan Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Dato’ Ishak Mokhtar. 

  Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, masih terdapat banyak produk pelancongan yang masih belum diteroka di negeri ini dan boleh dijadikan tarikan kepada pelancong dalam dan luar negeri untuk ke sini.

KUANTAN 18 MAC 2021. Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) bergambar bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Dato Sri Mohd Shakar Shamsudin selepas melancarkan tema baharu pelancongan negeri Pahang Darul Makmur di Aqua Crystal Hall, Kampus Utama UCYP. FIKRAH PAHANG/Mustaffa Kamal

  “Justeru, saya berharap melalui pelancaran tema baharu ini dapat mendedahkan kepada orang ramai mengenai kepelbagaian pilihan disediakan untuk mereka di Pahang. 

  “Pemilihan tema ‘Inilah Pahang’ bertepatan dengan kekayaan khazanah dimiliki negeri ini, kita ada kawasan tanah tinggi, panorama pantai yang menarik dan kepelbagaian budaya,” katanya. 

  Katanya lagi, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) juga dijangka dapat merangsang semula segmen pelancongan domestik, seterusnya merancakkan kembali sektor pelancongan, terutama di Pahang. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *