Pahang lancar SICP mudahkan rakyat daftar suntikan vaksin

Pahang lancar SICP mudahkan rakyat daftar suntikan vaksin

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Mustaffa Kamal

KUANTAN: Lebih mudah, lebih menyenangkan. Itu ciri boleh didapati pada Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP) yang dilancarkan hari ini.

  Malah SICP, iaitu sistem pendaftaran berasaskan laman web, dikatakan lebih baik berbanding penggunaan aplikasi MySejahtera.

  Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, SICP diwujudkan bagi memudahkan rakyat negeri ini mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi virus berkenaan.

KUANTAN 19 MAC 2021. Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) melancarkan Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Hadir sama isteri beliau Datin Sri Burhah Mohammed (dua dari kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Sri Sallehuddin Ishak (dua dari kanan), Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato Sri Norolazali Sulaiman (kiri) dan Multi Pahang, Dato Sri Abdul Rahman Osman. FIKRAH PAHANG/Mustaffa Kamal

  “SICP ialah sistem yang ditambah baik, lebih mudah dan menyenangkan daripada MySejahtera. Kerajaan negeri berasakan ada beberapa perkara yang lebih sesuai untuk rakyat Pahang mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebab itu kita wujudkan SICP.

KUANTAN 19 MAC 2021. Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menerima suntikan imunisasi  COVID-19 (Dos Kedua) Peringkat Negeri Pahang selepas melancarkan Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. FIKRAH PAHANG/Mustaffa Kamal

  “Contohnya, mungkin ada warga emas yang tiada ‘handphone’ (telefon bimbit), tapi anak dia ada dan boleh tolong daftarkan dan kedua, mana-mana individu boleh ‘walk-in’ (masuk terus) sahaja ke tempat suntikan, daftar di situ dan dapat suntikan (vaksin) serta boleh juga daftar guna talian telefon biasa,” katanya.

  Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan SICP dan menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

  Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Dato’ Sri Norolazali Sulaiman; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ketua Polis Pahang, Dato’ Sri Abd Jalil Hassan.

  Sementara itu, Wan Rosdy berkata, tiga daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang masih belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

  “Ketiga-tiga ADUN terbabit sudah mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menangguhkan pengambilan dos pertama vaksin berkenaan.

  “Mereka bukan menolak vaksin, tapi tidak mengambil suntikan atas nasihat doktor, mungkin atas faktor kesihatan. Bagaimanapun, saya percaya selepas ini, mereka akan mendapatkan suntikan masing-masing,” katanya.

  Mengulas suntikan fasa pertama vaksin keluaran Pfizer-BioNTech, beliau berkata proses suntikan membabitkan petugas barisan hadapan dijangka selesai esok.

  “Kita juga nak maklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk kita beli sendiri 10,000 dos vaksin tambahan jenama Sinovac dan akan dihantar tidak lama lagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *