MB ikuti Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia secara maya

MB ikuti Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia secara maya

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail

meluangkan masa kira-kira sejam untuk mengikuti Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia secara maya di Bilik Mesyuarat Kelab Golf Diraja Pahang, di sini, hari ini.

  Program sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2021 disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diadakan di 

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor.

Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin mengikuti Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia secara maya di Bilik Mesyuarat Kelab Golf Diraja Pahang.

  Hadir sama menyaksikan program berkenaan secara maya itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak; Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin dan Timbalannya Dato’ Samsu Anuar Nawi.

  Turut menyertai secara maya program terbabit ialah beberapa negeri lain seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.

  Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, Dasar Perhutanan Malaysia yang dilancarkan hari ini menyaksikan penyatuan julung kali semua negeri di Malaysia dalam bidang perhutanan negara yang telah menjangkau usia 120 tahun.

  “Semua negeri bersetuju menerima dasar itu yang menggariskan hala tuju jelas sektor perhutanan dalam mendepani cabaran baharu di peringkat domestik dan antarabangsa pada mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-78 yang diadakan 29 Januari lalu.

  “Saya ingin tekankan bahawa Dasar Perhutanan Malaysia ini adalah dasar kita bersama. Kita semua harus bertindak dan memainkan peranan yang lebih aktif sebagai ejen konservasi dan penggerak pembangunan sosioekonomi negara.

  “Saya berharap usaha bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam melaksanakan kelima-lima objektif Dasar Perhutanan Malaysia akan terus padu bagi mencapai sasaran yang dihasratkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *