Tilawah al-Quran peringkat negeri tampil 29 qari dan qariah

Tilawah al-Quran peringkat negeri tampil 29 qari dan qariah

Oleh Izzah Yusoff

am@fikrahpahang.com.my

Gambar Izzah Yusoff

KUANTAN: Seramai 29 qari dan qariah dari seluruh Pahang menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri ke-64 bertempat di Grand Ballroom Swissbel Hotel, di sini, bermula malam tadi.

  Mereka terdiri daripada 14 qari dan 15 qariah yang akan memperdengarkan bacaal ayat suci al-Quran selama tiga malam berturut-turut. Johan bagi kedua-dua kategori akan mewakili negeri ini ke peringkat kebangsaan.

  Seramai tujuh peserta membuka tirai dengan alunan ayat suci al-Quran pada malam pembukaan, malam tadi.

  Mereka terdiri daripada Nuri Ali Arbain dari Bentong, Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi (Kuantan), Ahmad Fikri Abdul Karim (Kuantan), Nurul Saadah Mohammad Zaini (Jengka), Amirul Nazri Mohamad (Rompin), Sofiah Saidin (Bera) dan Ahmad Termizi Bin Hamzah (Chenor).

  Nurul Saadah, 23, berkata pertandingan itu disifatkannya satu landasan untuk belajar dan lebih mendalami al-Quran.

  “Bagi saya, majlis ini satu peluang untuk belajar, bukan hanya bertanding.

  “Saya banyak merujuk kepada qari dan qariah berpengalaman untuk mengasah bacaan,” katanya memperdengarkan surah Taha ayat lapan.

  Majlis tiga hari berakhir Khamis ini dihakimi seramai 12 hakim diketuai Pengerusi Jemaah Hakim, Dato’ Dr Haji Zulkifle Ali Al-Hafiz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *