Banjir: 249 mangsa ditempatkan di lima PPS setakat jam 8 pagi ini

Banjir: 249 mangsa ditempatkan di lima PPS setakat jam 8 pagi ini

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

pic

KUANTAN: Seramai 249 mangsa banjir daripada 74 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini setakat 8 pagi ini.

  Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan Kapten (PA), Zaubidah Said berkata, daripada jumlah itu, PPS Balai Raya Kampung Tiram merekodkan 103 mangsa banjir daripada 32 keluarga.

Keadaan sebuah rumah di Kampung Gudang Rasau, Kuantan, yang dilanda banjir.

  Katanya, ini diikuti 73 mangsa daripada 25 keluarga di Dewan Orang Ramai Kampung Pandan Satu dan Dewan KRT Taman Murni Sungai Isap membabitkan 59 mangsa banjir daripada 14 keluarga.

  “Selain itu, Balai Raya Bukit Kuin 1 menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga dan Dewan Orang Ramai Mat Kilau pula membabitkan enam mangsa daripada satu keluarga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

  Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my merekodkan paras air Sungai Belat dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, di sini, kini melepasi paras amaran.

  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk iaitu hujan lebat dijangka berterusan di daerah ini dan Pekan, hari ini.

  Cuaca waspada iaitu hujan lebat pula dijangka berlaku di 

beberapa daerah di Pahang termasuk di Jerantut, Maran, Bera dan Rompin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *