Ribut dan angin kencang badai Kampung Balok, 70 rumah rosak

Ribut dan angin kencang badai Kampung Balok, 70 rumah rosak

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 70 rumah di kawasan Kampung Balok dan Taman Balok Baru, di sini, mengalami kerosakan akibat dilanda ribut dan hujan lebat, semalam.

  Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan, Kapten (PA) Zaubidah Said berkata, berdasarkan laporan, kejadian itu berlaku pada jam 5 petang.

  Katanya, susulan kejadian itu, kebanyakan rumah mengalami kerosakan pada bahagian struktur atap akibat dibadai angin kencang.

  “Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan APM turut menghulurkan bantuan barang keperluan kepada keluarga yang terjejas malam tadi,” katanya.

  Malam tadi, tular video dan gambar ribut yang melanda di dua kawasan di Balok yang menyebabkan berlaku kerosakan.

  Keadaan itu menyebabkan penduduk yang terjejas cemas dan bimbang ditimpa kejadian lebih buruk.

  Bagaimanapun, keadaan kembali tenang kira-kira sejam selepas kejadian yang dikatakan berlaku sekitar jam 5 petang itu.

  Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan mengeluarkan notis amaran cuaca buruk iaitu hujan lebat dijangka berterusan di daerah ini dan Pekan, hari ini.

    Cuaca waspada iaitu hujan lebat pula dijangka berlaku di

beberapa daerah di Pahang termasuk Jerantut, Maran, Bera dan Rompin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *