Pelancong di Cameron Highlands perlu patuh SOP

Pelancong di Cameron Highlands perlu patuh SOP

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

CAMERON HIGHLANDS: Pusat pelancongan tanah tinggi Cameron Highlands seolah-olah bernafas kembali selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah.

  Tinjauan di pusat peranginan itu mendapati ramai pelancong

domestik datang bersama keluarga dan rombongan, sehingga beberapa lokasi seperti Mossy Forest, pasar Kea Farm, ladang teh serta kebun bunga kini dipenuhi pelancong domestik.

  Kebenaran pergerakan rentas daerah serta cuti sekolah seolah-olah digunakan sepenuhnya oleh pelancong untuk datang berehat di Cameron Highlands yang menyajikan suhu dingin kadangkala serendah 12 darjah celsius.

Pelancong yang sukakan aktiviti mendaki berkunjung ke Gunung Irau di Cameron Highlands.

  Setiausaha Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Mazlan Mohamed Isa berkata,

selepas kerajaan mengumumkan kebenaran pergerakan rentas daerah, jumlah pelancong yang datang ke Cameron Highlands bertambah secara mendadak.

  Katanya, pertambahan pelancong berlaku hampir setiap hari dan meningkat pada Sabtu dan Ahad serta cuti sekolah sekaligus menyebabkan Cameron Highlands yg sebelum ini sunyi kini kembali meriah.

Pelancong membeli-belah pelbagai produk pertanian di pasar Kea Farm, Cameron Highlands.

 “Pelancong seolah-olah melepaskan geram untuk melancong selepas lama berkurung di rumah. Cameron Highlands menjadi destinasi kunjungan sambil membeli produk utama seperti jagung mutiara, sayur, strawberi, limau, bunga dan keledek manis.

 “Kini hampir semua premis jualan di Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja dan Ringlet menjadi tumpuan pelancong tempatan yang begitu teruja berihat bersama keluarga selepas lama tidak keluar daerah,” katanya.

  Beliau berkata, bagi memastikan tidak berlaku 

penularan wabak COVID-19 pelancong diingatkan supaya 

mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

  Mazlan berkata, selain menggunakan pelitup muka, pelancong diingatkan supaya menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter terutama ketika berada di premis jualan  hasil pertanian dan pusat jualan cenderahati.

  Katanya, jumlah pelancong yang semakin ramai datang ke Cameron Highlands mendedah kepada penularan wabak COVID-19 sekiranya mereka tidak memberi perhatian terhadap SOP yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *