Kuantan Art Street terus jadi mangsa vandalisme

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Kesal dan terkilan. Itu antara luahan pengunjung Kuantan Art Street, di sini berikutan vandalisme yang dilakukan terhadap aksesori tambahan lukisan mural di lorong berkenaan.

  Ini kerana Kuantan Art Street yang dibangunkan untuk menceriakan lorong belakang Jalan Mahkota dan Jalan Besar, seakan tidak dihargai segelintir pengunjung.

  Kerosakan aksesori tambahan itu bukan kali pertama dilaporkan berlaku, malah sebelum ini beberapa peralatan lain turut dirosakkan.

Seorang pengunjung, Mohd Heri Awang menunjukkan aksesori bot pada lukisan mural yang dirosakkan di Kuantan Art Street.

  Seorang pengunjung, Mohd Heri Awang, 37, dari Taman Seri Damai Aman, di sini, mengakui terkejut apabila mendapati aksesori bot yang dipasang pada lukisan mural tercabut.

  “Dalam usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) berusaha menarik orang ramai menghargai lukisan, tindakan segelintir pengunjung yang tidak prihatin amat dikesali.

  “Saya harap semua pengunjung perlu lebih bertanggungjawab dan tidak bertindak di luar batasan,” katanya.

  Sementara itu, Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Norkamawati Kamal berkata, pihaknya sangat kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pengunjung merosakkan karya seni itu.

  “Pengunjung mestilah mempunyai sikap menyayangi harta awam seperti harta berharga milik mereka sendiri.

  “Yang cantik biarlah kekal cantik untuk memastikan lukisan mural di Kuantan Art Street tidak menjadi mangsa vandalisme,” katanya.

tamat/pm

RTP online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *