Dollah akui berdebar hadapi KDA di Darul Aman

Dollah akui berdebar hadapi KDA di Darul Aman

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Pengurus Sri Pahang FC, Dollah Salleh mengakui berdebar apabila bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar berdepan Kedah Darul  Aman (KDA), malam esok.

  Beliau yang memangku sementara tugas selaku ketua jurulatih berkata, ini kerana pasukan itu belum berada pada tahap terbaik biarpun ada peningkatkan yang dipersembahkan pemainnya.

  Katanya, di sebalik kemenangan besar 4-0 ke atas Kelantan United pada aksi persahabatan baru-baru ini, namun kejayaan itu belum mampu meredakan perasaannya.

Sri Pahang FC tagih sentuhan jaringan daripada penyerang import, Yevhen Bokhashvili.

  “Oleh itu saya cuma mengharapkan semua pemain dapat memberi persembahan yang meyakinkan dan kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

  “Saya harap segala peluang yang hadir dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak melakukan kesilapan mudah sehingga memberi tekanan kepada pasukan.

  “Kerjasama dan semangat juang tinggi perlu untuk memastikan pasukan berada pada tahap terbaik sekali gus memberi tekanan kepada tuan rumah,” katanya.

  Selepas lima perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan ke-11 dengan mengutip empat mata.

  Difahamkan, Dollah akan terus memberi kepercayaan kepada dua pemain import, Yevhen Bokhashvili dan Pedro Henrique mengetuai bahagian serangan.

  Tempoh rehat 10 hari juga sudah dimanfaatkan Sri pahang memperbaiki kelemahan terutama di bahagian serangan ketika jentera tengah dan pertahanan semakin menunjukkan peningkatan prestasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *