Kolaborasi UMNO dan Jakel santuni asnaf dan fakir di Indera Mahkota

Kolaborasi UMNO dan Jakel santuni asnaf dan fakir di Indera Mahkota

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Gedung tekstil terkenal, Jakel menerusi cawangannya di bandar raya ini, meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan apabila menyampaikan 200 kampit beras untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di kawasan Indera Mahkota, dekat sini, hari ini.

  Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dinamakan Program Agihan Zakat dan Infaq Jakel Kuantan yang digerakkan dengan kerjasama UMNO Bahagian Indera Mahkota.

  Majlis penyerahan ringkas zakat barangan itu dilakukan oleh Jakel Kuantan yang diwakili Ikram Johar kepada Setiausaha UMNO bahagian berkenaan, Kamal Zaim Mohd Amin.

  Jakel sebelum ini dilaporkan menyasarkan untuk membantu 100,000 golongan asnaf dengan pemberian makanan asas menerusi setiap cawangannya di seluruh negara.

  Difahamkan, pihak Jakel prihatin dengan nasib golongan terbabit yang semakin terjejas akibat pandemik COVID-19.

  Program agihan itu dijangka selesai menjelang Ramadan tidak lama lagi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *