Seramai 92 anak yatim terima bantuan Ramadan

Seramai 92 anak yatim terima bantuan Ramadan

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

PEKAN: Ramadan minggu depan menjadi lebih bermakna buat 92 anak yatim miskin daerah ini apabila mereka menerima bantuan keperluan asas daripada tiga penyumbang.

  Sumbangan berupa barangan 

dapur seperti beras, telur, minyak masak, mi dan telur masin disediakan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan, Persatuan Infaqniah dan Masjid Kariah Pulau Serai.

  Pengurus MUIP Cawangan Pekan, Muhammad Hafidz Abdul Halim berkata, kerjasama tiga agensi berjaya menganjurkan program prihatin berkenaan yang begitu bermakna buat setiap penerima.

  Katanya, sumbangan keperluan asas itu diharap dapat menceriakan anak yatim dan keluarga masing-masing pada Ramadan kali ini.

  “Sebelum ini seramai 100 anak yatim menerima kelengkapan persekolahan, wang tunai dan keperluan asas pada program amal anjuran Persatuan Infaqniah, Masjid Kariah Pulau Serai dan MUIP cawangan Pekan.

  “Kerjasama erat tiga agensi berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang terutama membabitkan program bantuan golongan memerlukan,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim Sempena Menyambut Ramadhan 1442H di Masjid Pulau Serai, di sini.

  Hadir sama Penaung Persatuan Infaqniah Pekan, Ishak Idris.

  Muhammad Hafidz menambah, kesungguhan 

Persatuan Infaqniah dan Masjid Kariah Pulau Serai membantu golongan memerlukan seharusnya menjadi contoh kepada agensi lain di daerah ini.

  Bagi Ishak, program yang diadakan diharap dapat menceriakan anak yatim dan keluarga mereka menjelang Ramadan minggu depan.

  “Kita akan terus mengadakan program bantuan kepada anak yatim, ibu tunggal, asnaf dan fakir di daerah ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *