Chud sudah tiada

Chud sudah tiada

Oleh Muhammad Izz Zahin 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Pix (jadikan black & white)

KUANTAN: Bekas penyerang kebangsaan dan Pahang era 70-an dan 80-an, Rosmaini Mohd Shah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, hari ini.

  Adik Allahyarham, Abdullah Mohd Shah, 65 berkata, Allahyarham abangnya yang berumur 67 tahun meninggalkan seorang isteri dan seorang anak.

  Katanya, Allahyarham Rosmaini meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah kira-kira 3.15 petang.

  “Allahyarham sebelum itu beberapa kali mendapatkan rawatan di HTAA kerana mengalami maslaah kesihatan.

  “Namun, keadaan serius apabila berlaku jangkitan kuman pada darah sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 3.15 petang ini.

  “Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali, di sini, selepas solat Isyak, malam ini,” katanya.

  Sepanjang kerjaya sebagai pemain bola, Allahyarham Rosmaini atau mesra dengan panggilan Chud, menyarung jersi skuad Pahang dari 1976 hingga 1983 manakala jersi skuad kebangsaan pada 1980-1982.

  Allahyarham pernah membantu Pahang menjulang Piala Malaysia pada 1983 dan johan Piala Emas Raja-Raja pada 1981.

  Antara pemain seangkatan Allahyarham ialah Datuk Jamal Nasir, Datuk Abdah Alif, Yunus Alif dan Tajuddin Nor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *