Raub juarai Mobile Legends edisi sulung

Raub juarai Mobile Legends edisi sulung

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Raub muncul juara permainan mudah alih popular, Mobile Legends pada Majlis Penutup Kursus Facebook Game Creator di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, di sini, semalam.

  Kemenangan Raub itu sekali gus mengecewakan tiga pasukan iaitu Pekan, Bera dan Temerloh yang turut mengambil bahagian pada sesi khas kursus berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, YB Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin (tiga dari kiri) bersama pasukan Raub muncul juara permainan mudah alih popular, Mobile Legends pada Majlis Penutup Kursus Facebook Game Creator di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, Kuantan.

  Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, YB Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin.

  Kapten pasukan Raub, Ahmad Hafiz Mohd Fairuz berkata, beliau bersama empat rakan gembira kerana Raub muncul juara pada edisi pertama itu.

  Katanya, ketenangan dan strategi yang berkesan membantu mencapai kemenangan itu termasuk melalui Kursus Facebook Game Creator yang disertai.

  “Kursus ini sebenarnya banyak membantu daripada segi kecekapan dalam membuat keputusan hingga bergelar juara,” katanya.

Pasukan Raub muncul juara permainan mudah alih popular, Mobile Legends pada Majlis Penutup Kursus Facebook Game Creator di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, Kuantan.

  Sementara itu, Shahaniza berkata, penganjuran Kursus Facebook Game Creator itu bertujuan membantu peminat permainan mudah alih menjana pendapatan.

  Katanya, kursus yang diadakan selama 20 hari bermula 15 Mac lalu itu membabitkan 100 peserta dari empat daerah di Pahang iaitu Raub, Pekan, Temerloh dan Bera.

  “Kursus itu membantu dengan membimbing peserta yang berumur 18 hingga 50 tahun menjana pendapatan menerusi permainan mudah alih.

  “Dengan kemahiran yang mereka ada akan membantu beroleh pendapatan hasil daripada permainan yang disertai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *