Seramai 44 pelajar Autisme pamer kebolehan mewarna

Seramai 44 pelajar Autisme pamer kebolehan mewarna

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Seramai 111 peserta termasuk 44  pelajar istimewa (Autisme) yang mewakili lapan daerah di negeri ini akan bersaing pada pertandingan Pertandingan  Mewarna e-Poster sempena Bulan Autisme Pahang 2021

di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu, di sini.

  Pertandingan dua hari berakhir hari ini diadakan secara dalam talian, dengan setiap peserta perlu menyiapkan aktiviti mewarna di sekolah masing-masing dan penjurian diadakan di SMK Semambu.

Pelajar Autisme mengambil bahagian pada Pertandingan  Mewarna e-Poster sempena Bulan Autisme Pahang 2021 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu.

  Jurucakap pertandingan, Kamaludin Abdul Latif berkata, pertandingan kali pertama diadakan secara dalam talian membabitkan lima kategori sekolah rendah dan menengah.

  Menurutnya, peserta mengunakan aplikasi Google Meet sepanjang pertandingan berkenaan, dan mereka mempamerkan kemahiran di hadapan kamera untuk dinilai oleh beberapa juru berpengalaman.

  “Pertandingan diadakan bertujuan mencungkil bakat di kalangan pelajar Autisme yang memiliki kemahiran dan kebolehan mereka perlu diketengahkan seterusnya dihargai.

  “Ada dalam kalangan pelajar Autisme memiliki kelebihan dalam pelbagai bidang seperti kraftangan dan seni lukis serta mewarna,” katanya yang juga Pengetua SMK Semambu.

  Katanya, kemuncak pertandingan berkenaan ialah 

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Autisme Pahang 2021, Sabtu ini yang akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa  Perpaduan, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan  Wanita dan Keluarga Pahang, 

Dato’ Seri Shahaniza  Shamsuddin di Dewan Aqua, UCYP Tanjung Lumpur, di sini.

  Kamaludin berkata, selain penyampaian hadiah kepada pemenang, pelbagai acara lain turut diadakan seperti pameran hasil seni pelajar Autisme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *