‘Kerajaan Pahang tidak pernah lelah menghulurkan bantuan kepada rakyat’

‘Kerajaan Pahang tidak pernah lelah menghulurkan bantuan kepada rakyat’

Oleh Izzah Yusoff

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar Izzah Yusoff

KUANTAN: Bantuan prihatin Kerajaan Pahang sebanyak RM100 kepada setiap murid Tahun Satu di negeri ini bukan sahaja dapat meringankan beban ibu bapa, malah memberi suntikan semangat kepada murid terbabit.

  Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, seramai 2,010 murid Tahun Satu daripada 16 sekolah rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, menerima sumbangan berkenaan yang diadakan menerusi lapan fasa.

  “Sumbangan ini memberi suntikan semangat belajar kepada murid-murid Tahun Satu dan dapat sedikit sebanyak membantu ibu bapa masing-masing dalam perbelanjaan serta penyediaan keperluan anak-anak mereka menghadapi alam persekolahan.

  “Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang One-Off bagi DUN Semambu ini diadakan secara berperingkat sebanyak lapan fasa di Dewan Serbaguna KRT Cenderawasih Timur dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan,” katanya.

  Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang One-Off kepada murid Tahun Satu bagi DUN Semambu di sini, hari ini.

  Sementara itu, Sin Chow Yew, 42, berkata bantuan itu membuktikan Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, Dato’ Sri Utama Wan Rosdy Wan Ismail tidak hanya menjaga orang Melayu, malah semua kaum menerima manfaat sama.

Sin Chow Yew, 42,

  “Saya amat berterima kasih kepada MB (Wan Rosdy) dan kerajaan negeri yang sentiasa cakna serta prihatin terhadap rakyat Pahang,” katanya.

  Bagi ibu penerima yang hanya ingin dikenali Farah, 35, sumbangan berkenaan dapat meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan awal persekolahan anak mereka.

Farah, 35 (kiri)

  “Ternyata kerajaan negeri tidak pernah lelah menghulurkan bantuan kepada rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *