Boleh solat tarawih di surau dan masjid tetapi hanya setakat jam 10 malam

Boleh solat tarawih di surau dan masjid tetapi hanya setakat jam 10 malam

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Umat Islam dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih 20 rakaat dan witir tiga rakaat di semua masjid dan surau di negeri ini sepanjang Ramadan tahun ini.

Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Abdul Rahman Osman

  Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Abdul Rahman Osman berkata, kebenaran itu dibuat berikutan keputusan Jawatankuasa Perundingan Fatwa Hukum Syarak Pahang, baru-baru ini.

  “Perkara ini sudah mendapat perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah.

  “Ini bermakna, imam di masjid dan surau boleh berbuat demikian kerana kebenaran sudah diberikan, tetapi masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kerajaan Pahang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

  Kerajaan Pahang sebelum ini sudah mengeluarkan garis panduan bagi solat sunat tarawih dan aktiviti masjid sepanjang Ramadan tahun ini.

  Tempoh ibadah yang bermula dengan solat Isyak berjemaah hingga solat sunat witir dan doa itu bagaimanapun ditetapkan sehingga jam 10 malam sahaja. 

  Mengulas mengenai tempoh ibadah ditetapkan, Abdul Rahman berkata, sekiranya tidak sempurna 20 rakaat dalam tempoh ditetapkan, bakinya boleh ditunaikan di kediaman masing-masing.

  “Bagaimanapu imam masjid dan surau diminta mengekalkan solat sunat tarawih seperti yang sudah ditetapkan. Kita hanya galakkan begitu, tapi kalau ada (jemaah) yang hendak balik ke rumah selepas selesai lapan rakaat (solat tarawih), tidak ada masalah. 

  “Jemaah boleh melakukan ibadah itu di kediaman masing-masing,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *