Kasih Ramadan MBK santuni 117 masjid dan surau di Kuantan

Kasih Ramadan MBK santuni 117 masjid dan surau di Kuantan

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Bagi mengimarahkan Ramadan tahun ini, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) memperuntukkan RM35,000 kepada pengurusan 117 masjid dan surau di daerah ini

  Setiausaha MBK, Dato’ Hamiza Hamzah berkata, peruntukan itu disalurkan melalui sumbangan Kasih Ramadan yang disampaikan kepada 57 masjid dan 60 surau.

  Katanya, sumbangan RM20,000 disalurkan kepada masjid manakala RM15,000 untuk surau, sekali gus diharap membantu usaha pemerkasaan institusi berkenaan.

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Dato’ Hamiza Hamzah (dua tiga dari kiri) bersama wakil masjid dan surau pada majlis sumbangan Kasih Ramadan MBK di Kompleks MBK, Kuantan.

  “MBK menyerahkan sumbangan Kasih Ramadan kepada 57 masjid dan 60 surau, masing-masing menerima RM350 dan RM250,” katanya.

  Beliau berkata, selain aktiviti ibadat, masjid dan surau juga harus diimarahkan dengan program keilmuan yang mampu menyuntik nilai kerohanian serta ihsan dalam masyarakat Islam.

  Katanya, sumbangan berkenaan diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara MBK dengan masyarakat.

  “Dalam usaha menyekat penularan wabak  COVID-19, MBK meminta semua jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang  ditetapkan kerajaan.

   “Kepatuhan itu perlu dilakukan jemaah sepanjang tempoh berada di kawasan masjid dan surau,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *