Dollah pening pilih pemain berdepan JDT

Dollah pening pilih pemain berdepan JDT

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Kuantan:  Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh belum memuktamadkan senarai kesebelasan utama pemainnya apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Penyerang import Sri Pahang FC,Yevhen Bokhashvili belum pasti disenaraikan dalam kesebelasan utama berdepan Johor Darul ta’zim (JDT) di Kuantan, malam esok.

  Bekas pemain kebangsaan itu berkata, setakat ini, beliau bersama barisan kejurulatihan sedang menilai senarai pemain utama untuk menentang pasukan Harimau Selatan itu.

  Katanya, penilaian itu turut membabitkan jentera serangan pasukan itu sama ada menurunkan dua penyerang import iaituYevhen Bokhashvili dan Pedro Henrique.

  “Setakat ini, tiada lagi kata putus memandangkan prestasi kurang memuaskan yang dipersembahkan mereka dalam beberapa perlawanan lalu.

  “Kemungkinan Bokhashvili dan Henrique sebagai pilihan utama bergantung kepada prestasi semasa termasuk sesi latihan kerana JDT berada pada prestasi terbaik.

  “Bagaimanapun, saya mahu pemain yang disenaraikan esok dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka dalam usaha menyekat JDT daripada membawa mata,” katanya.

  Dalam pada itu, Dollah mengesahkan pertahanan import, Herold Goulon tidak beraksi kerana berdepan masalah kecederaan.

  Bagaimanapun, beliau berkata, kapten pasukan, Muslim Ahmad dan Jadid Ilias sah kembali berada dalam senarai pemain utama.

  “Dua pemain ini kembali bersama pasukan selepas menjalani penggantungan satu perlawanan. Kehadiran Muslim dan Jadid diharap membantu memperkasakan pasukan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *