KYP sedia bantuan makanan kepada pelajar kuarantin

KYP sedia bantuan makanan kepada pelajar kuarantin

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

Pic Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Kolej Yayasan Pahang (KYP) menyediakan bantuan keperluan asas kepada 31 pelajar yang kini sedang menjalani kuarantin selama 10 hari di bilik asrama di Kampus UCYP Tanjung Lumpur, di sini.

  Fasa pertama bantuan turut membabitkan ubat, sabun, vitamin dan tuala mandi. Selepas ini bantuan susulan pula akan diberikan.

Pengarah Hal Ehwal Pelajar KYP, Norhayati Mohamad Sulaiman (tengah) dan petugas KYP menyediakan bantuan keperluan asas kepada 31 pelajar di asrama 
UCYP Tanjung Lumpur, Kuantan.

  Pengarah Hal Ehwal Pelajar KYP, Norhayati Mohamad Sulaiman berkata, mereka yang dikuarantin merupakan pelajar 

Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam) Universiti Yarmouk, Jordan.

  Menurutnya, hasil sumbangan derma kakitangan KYP sebanyak RM500 digunakan untuk menyediakan bantuan berkenaan yang diharap dapat memberi keselesaan kepada 31 pelajar terbabit.

Bantuan barangan keperluan asas dihantar ke setiap bilik pelajar KYP di asrama UCYP Tanjung Lumpur, Kuantan.

  “Kita tidak membenarkan semua pelajar berkenaan meninggalkan bilik asrama masing-masing dan arahan berkenaan turut dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas ujian saringan dilakukan kepada mereka sebelum ini.

  “Bantuan lain akan disediakan selepas ini bagi menjamin keselesaan pelajar terbabit, memandangkan dalam keadaan sekarang mereka memerlukan sokongan semua pihak,” katanya.

  Beliau berkata demikian selepas turut sama mengagihkan bantuan keperluan asas kepada 31 pelajar yang berada asrama 

UCYP Tanjung Lumpur, di sini semalam.

  Tambahnya, pihaknya juga sedang berusaha mendapatkan bantuan barangan keperluan asas daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sebelum ini menyediakan banyak bantuan bencana dan keperluan asas kepada Maahad Tahfiz di negeri ini.

   Norhayati berkata, pihaknya menasihatkan kepada keluarga pelajar terbabit supaya tidak cemas dengan apa yang berlaku kerana semua langkah keselamatan sudah lakukan bagi memastikan wabak COVID-19 tidak terus merebak.

  Sementara itu tinjauan di asrama UCYP Tanjung Lumpur mendapati keadaan sunyi apabila semua pelajar tidak dibenarkan meninggalkan blok kediaman masing-masing manakala pengawal keselamatan tidak membenarkan keluarga serta pihak luar memasuki kawasan asrama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *