UTC Pahang beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 sepanjang Ramadan

UTC Pahang beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 sepanjang Ramadan

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sepanjang Ramadan ini, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, di sini, akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 4.30 petang pada setiap hari dari Isnin hingga Ahad.

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di Jalan Stadium, Kuantan, beroperasi dari 8 pagi hingga 4.30 petang sepanjang Ramadan.

  Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Norkamawati Kamal berkata, operasi UTC Pahang itu bermula dari 12 April hingga 11 Mei ini.

  Bagaimanapun, katanya, pada 12 Mei ini, UTC Pahang hanya beroperasi dari 8 pagi hingga 1 petang.

  “Pada masa sama, Kementerian Kewangan juga bersetuju dan membenarkan UTC Pahang ditutup pada 13 hingga 16 Mei ini untuk menyambut hari raya Aidilfitri.

  “UTC Pahang akan kembali beroperasi seperti biasa pada 17 Mei,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

  Beliau berkata, sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Seskyen Perhubungan Awam dan Korporat di talian 09-5121555 atau 09-5121666 atau melayari laman sesawang MBK di www.mbk.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *