Bantuan RM180,000 diagih kepada 15 penerima yang terjejas akibat COVID-19

Bantuan RM180,000 diagih kepada 15 penerima yang terjejas akibat COVID-19

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar Sumber Facebook

KUANTAN: Hari ini, Kerajaan Pahang meneruskan komitmennya untuk membantu rakyat pelbagai lapisan di negeri ini terutama golongan memerlukan, apabila mengagihkan bantuan dengan nilai keseluruhan RM180,000.

  Sumbangan disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kepada 15 penerima di Bilik Kunjung Hormat Pejabat Menteri Besar, di sini.

  Beliau berkata, sumbangan itu antara lain untuk kegunaan perubatan, mangsa kebakaran, pemberian komputer riba bagi pembelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain untuk program warga emas.

  “Sumbangan juga diberikan untuk menampung kos membaik pulih Sekolah Agama Rakyat Baitul Huda Cenderawasih, di sini, membaiki masjid dan menaik taraf surau.

  “Semoga bantuan ini dapat membantu kewangan penerima terutama mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

  Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *