Sri Pahang tewas bermaruah: Dollah Salleh

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh memuji semangat juang yang dipersembahkan pemainnya biarpun tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Ketua pasukan Sri Pahang FC, Muslim Ahmad mengawal pemain JDT, Bergson Gustavo pada saingan Liga Super 2021 di Stadium Darul Makmur.

  Bekas pemain kebangsaan itu berkata, ini kerana pasukan itu hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan sebelum dinafikan lawan.

  Katanya, biarpun beraksi dengan 10 pemain berbaki 20 minit perlawanan, pemain berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan.

¬† “Bagaimanapun, apabila semua pemain memikirkan mencari gol penyamaan, JDT yang berpengalaman luas berjaya menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan.

Pemain Sri Pahang FC,  Nor Azam Azih ditenangkan penjaga gol JDT, Farizal Marlias dalam saingan  Liga Super 2021 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

  “Saya percaya dengan persembahan yang diberikan terutama barisan pemain muda, keputusan lebih baik akan dicatat pada perlawanan akan datang,” kata Dollah.

  Mengulas prestasi keseluruhan pada perlawanan itu, beliau berkata, pemainnya memberi tentangan terutama pada babak kedua perlawanan.

  “Tapi segalanya berubah apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas pemain pertahanan, Mohamad Ezanie Mat Salleh dilayangkan kad merah pada minit ke-69.

  “Kekurangan seorang pemain, ia memberi kesan terhadap prestasi pasukan walaupun pemain berusaha untuk menyekat lawan daripada membawa pulang tiga mata,” katanya.

  Selepas mengharungi sembilan perlawanan Liga Super, Sri Pahang kekal di kedudukan kedua tercorot liga dengan mengutip lima mata.

  Pada perlawanan berikutnya, Sri Pahang akan berdepan Pulau Pinang pada 24 April ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *