Goulon kembali perkuat benteng Sri Pahang bertemu Penang FC

Goulon kembali perkuat benteng Sri Pahang bertemu Penang FC

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Jentera pertahanan Sri Pahang FC kembali bertenaga apabila pemain import, Herold Goulon disahkan pulih daripada kecederaan paha.

  Justeru, pertahanan import dari Perancis itu akan menjadi nadi utama pasukan itu apabila berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Sabtu ini.

Pemain pertahanan import Sri Pahang, Herold Goulon.

  Katanya, kehadiran Goulon dalam pasukan amat dinantikan dalam usaha mengukuhkan kembali jentera pertahanan selain peningkatan prestasi yang dipersembahkan pemain muda.

  “Goulon tidak beraksi ketika Sri Pahang tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu kerana mengalami kecederaan paha,” katanya.

  Selepas sembilan perlawanan Liga Super, Sri Pahang berada di kedudukan kedua tercorot liga dengan hanya mengutip lima mata.

  Ketika ini, sebanyak 15 gol sudah dibolosi yang memerlukan pemain kekal konsisten dan fokus sepanjang tempoh 90 minit perlawanan .

  Sebagai persediaan menghadapi Penang FC Sabtu ini, Dollah berkata, fokus utama ialah mempertajamkan jentera serangan pasukan itu.

  Katanya, setakat ini, hanya satu daripada enam gol yang dijaringkan pasukan itu dijaringkan pemain serangan.

  “Namun, kehadiran Abdul Malik Mat Ariff dalam pasukan diharap mampu mempertajamkan jentera serangan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *