MB sampaikan bantuan RM1 juta kepada 89 maahad tahfiz, berazam tambah lagi jumlah sumbangan

Oleh Helmy Abd Rahman dan Izzah Yussof

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Mustaffa Kamal

KUANTAN: Bagi melihat mutu pembelajaran dan pengajian pelajar tahfiz di negeri ini ditingkatkan, Kerajaan Pahang menyalurkan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang sebanyak RM1 juta kepada 89 maahad tahfiz yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

  Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan itu sebahagian daripada Bantuan Prihatin Pahang seperti diumumkan beliau dalam Belanjawan Pahang 2021 pada November tahun lalu.

  “Selain itu, menerusi Bantuan Prihatin Pahang, kita memperuntukkan sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM750 seorang kepada 1,032 imam di seluruh Pahang dengan peruntukan berjumlah RM774,000.

  “Tidak dilupakan jasa bilal dan siak, kerajaan negeri menyalurkan sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM250 seorang membabitkan seramai 888 bilal dan 889 siak seluruh Pahang dengan jumlah peruntukan RM444,250,” katanya.

  Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang Kepada Maahad Tahfiz Berdaftar Dengan MUIP Oleh YAB Menteri Besar, di sini, hari ini.

  Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Ishak Muhamad, Barisan EXCO Kerajaan Pahang dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Dato’ Ahmad Hairi Hussain.

  Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri bukan sahaja bercadang terus menyalurkan sumbangan itu untuk tahun-tahun mendatang, malah mempertimbangkan untuk meningkatkan lagi jumlah sumbangan.

  “Sumbangan ini juga menunjukkan politik di Pahang dalam keadaan stabil dan seterusnya tidak mengganggu pentadbiran kerajaan negeri dalam membantu rakyat.

  “Kedudukan kewangan Pahang yang stabil dan baik juga membolehkan kita menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Ends/pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *