Ayuh bangkit cipta kemenangan – Che Nasir

Ayuh bangkit cipta kemenangan – Che Nasir

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Pengurus Sri Pahang FC, Dato’ Che Nasir Salleh mahu skuad itu bangkit mencipta kemenangan apabila berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Sabtu ini.

Pengurus Sri Pahang FC, Dato’ Che Nasir Salleh.

  Beliau berkata, peningkatan prestasi yang dipersembahkan ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu, jika dapat dikekalkan akan membantu mencapai misi berkenaan.

  Justeru, katanya, persefahaman dan komitmen tinggi ditagih untuk mencatat kemenangan memandangkan hanya satu kemenangan diraih daripada sembilan perlawanan setakat ini.

  “Tiada yang mustahil untuk mencapai misi itu kerana pemain sudah mula menunjukkan peningkatan prestasi terutama daripada pemain muda.

  “Jika setiap peluang yang ada dimanfaatkan sebaiknya, saya percaya kemenangan akan berpihak kepada Sri Pahang.

  “Biarpun Penang FC dilihat berada pada prestasi terbaik, saya mahu pemain mempamerkan aksi bertenaga dan lebih mantap,” katanya.

  Ketika ini, Sri Pahang berada di tangga kedua tercorot liga dengan hanya mengutip lima mata daripada sembilan perlawanan.

  Skuad bimbingan Dollah Salleh itu perlu melakar kemenangan jika mahu memperbaiki kedudukan.

  Justeru, pertemuan dengan Penang FC adalah detik terbaik untuk Sri Pahang bangkit, sekali gus keluar daripada zon bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *