Dua penuntut UMP lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Pandan

Dua penuntut UMP lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Pandan

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar ihsan APM

KUANTAN: Dua penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditemui lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi bersama 11 rakan mereka di Air Terjun Sungai Pandan, dekat sini, petang tadi. 

  Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2 petang sebelum menggerakkab Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ke lokasi kejadian bagi tujuan pemeriksaan awal. 

  “Rakan mangsa yang ditemubual mendakwa kedua-dua mangsa tidak timbul ke permukaan air selepas mandi bersama rakan yang lain di kawasan berkenaan. 

  “Seramai 10 pegawai dan anggota polis dengan bantuan 14 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas serta lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melancarkan operasi SAR (mencari dan menyelamat) sementara menunggu bantuan Unit Selam Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang tiba, namun gagal menemui sebarang petunjuk,” katanya di sini, hari ini. 

  Mohamad Noor berkata, mangsa dikenali A Sharvin Ananth, 24, berasal dari Skudai, Johor, manakala seorang lagi R Goobi, 23, dari Karak, Pahang. 

  “Mayat kedua-dua mangsa berjaya ditemui Unit Selam Skuba JBPM kira-kira jam 3 petang tadi dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk tujuan tindakan lanjut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *