PATIK santuni 36 anak yatim, asnaf menjelang ketibaan 1 Syawal

PATIK santuni 36 anak yatim, asnaf menjelang ketibaan 1 Syawal

Oleh Husin Ibrahim dan Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Keceriaan terpancar di wajah 36 penghuni Rumah Anak Yatim Permata Camar, di sini, apabila diraikan Pertubuhan Amal Tiara Kasih (PATIK) dengan pemberian pakaian baharu bagi menyambut Aidilfitri, tidak lama lagi.

  Lebih menggembirakan kanak-kanak berumur antara enam dan 17 tahun itu ialah mereka boleh memilih sendiri set kelengkapan baju Melayu ketika dibawa berbelanja di sebuah gedung ternama du bandar raya ini, semalam.

  Pengerusi PATIK, YM Tunku Zaza Fakia Faranaz Tunku Ismail berkata, program kali pertama dianjurkan itu adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan sepanjang Ramadan tahun ini.

  Katanya, tujuan program amal `Sinar Kasih Ramadan 1′ itu ialah untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

  “Kami juga membangkitkan suasana kemeriahan menjalani Ramadan dan merayakan Syawal bersama kanak-kanak asnaf.

Caption: Seorang kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Permata Camar, Kuantan, ceria apabila dibantu memilih sendiri baju Melayu pada Program Amal `Sinar Kasih Ramadan 1′ yang dianjurkan Pertubuhan Amal Tiara Kasih (PATIK), semalam.

  “PATIK juga percaya sumbangan ini akan menceriakan kanak-kanak ini

untuk menyambut Aidilfitri tahun ini,” katanya.

  Sementara itu, Penyelia Rumah Anak Yatim Permata Camar, Mohd Hadzmie Ramli berterima kasih di atas sumbangan pakaian yang diberikan kepada penghubuni rumah berkenaan.

  Katanya, kesudian PATIK menghulurkan sumbangan itu begitu bermakna kepada kanak-kanak berkenaan terutama apabila menyambut Aidilfiti tahun ini.

  “Jika tahun lalu semua aktiviti tidak dapat dijalankan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi pada Ramadan ini kanak-kanak gembira kerana diraikan dengan menerima sumbangan pakaian raya baharu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *